Friday, October 15, 2010

Inspira soft launch videos by Proton: Malaysia Today

Kancil memang hebat..haha


Disuatu petang yang nyaman disebatang jalan yang agak sunyi ada sebuah keta kancil 660 dipandu oleh sorang pakcik. Sedang beliau melayan blues tetiba keta beliau mengalami kerosakkan. Berhentilah beliau ditepi jalan. Ketika beliau sedang memeriksa ketanya datanglah sebuah keta Mitsubishi Evo 8 dipandu oleh sorang pemuda berhenti disebelah ketanya

"Assalammualaikum, ada masalah ke pakcik? nak saya tolong tengokkan?" kata pemuda dengan penuh kesopanan,

"Waalaikumsalam, entahlah tetiba je rosak boleh juga kalo anak tolong tengokkan. Pakcik ni bukannya reti sangat pasal kete ni" kata pakcik terbabit.

Setelah diperiksa pemuda itu pun bersuara "Kete pakcik ni kena hantar workshop enjin rosak". Peninglah kepala pakcik itu memikirkan bagaimana beliau hendak menghantar ketenye ke workshop yang terletak agak jauh dari situ, tetiba pemuda tadi memberikan satu cadangan "macam nilah pakcik, kita tunda kete pakcik ni guna kete sport saya pergi workshop guna kabel dan kita ikat antara satu sama lain, apa macam setuju ke pakcik?" oleh kerana tiada cara lain maka bersetujulah pakcik terbabit.

"Pakcik duduk dalam kete jaga stereng dengan brek, kalo saya laju pakcik bagi isyarat lampu tinggi(hi beam) dan bunyikan hon nanti saya perlahanlah". Mengangguklah pakcik itu tanda faham. Sesampainya mereka disatu persimpangan lampu isyarat yang pada masa itu lampu merah dengan tak semena-mena muncullah sebuah kete Nissan Skyline berhenti disebelah kete pemuda terbabit, sambil menekan-nekan minyak seolah-olah mencabar pemuda itu untuk berlumba. Walaupun pada mulanya pemuda terbabit cuba untuk tidak ambil peduli namun atas semangat kesukanan dan pantang dicabar maka angin satu badanlah pemuda terbabit dan bersedialah mereka untuk berlumba, setelah lampu bertukar hijau memecutlah kedua-dua kete sambil cuba untuk memotong antara satu sama lain sehingga pemuda tersebut lupa akan kete pakcik dibelakangnya itu.

Pakcik tadi pula yang syok melayan blues setelah ditarik kete Evo 8 itu sekali lagi tergugat bluesnya itu dek pemuda itu yang tidak semena-mena memecut bagai di litar drag. Memang gabra la pakcik tu. Terlintas pula dialog pemuda itu di kepalanya iaitu sekiranya kete pemuda itu bergerak laju maka berilah isyarat lampu tinggi (hi beam) dan hon. Apa lagi la,spontan aje pakcik terus "hi beam" dan hon-hon pemuda tersebut sambil menjerit berhenti yang sememangnya memang tidak didengari oleh pemuda tersebut.

Sesampainya mereka disatu kawasan ada sorang anggota polis bertugas sedang menjalankan operasi perangkap had laju, setelah mereka melalui kawasan terbabit maka anggota polis tadi menghantar laporan pada rakan-rakannya yang lain "Bravo, sebuah kete Nissan Skyline sedang berlumba dengan sebuah kete Mitsubishi Evo 8 dengan kelajuan 280 km/s, tapi kalo aku cakap yang ni mesti korang takkan percaya punya sebuah kete kancil 660 sedang mengekori rapat sambil memberi isyarat lampu dan membunyikan hon untuk memotong pulak tu!" Sambil polis tadi ternganga melihat akan kehebatan kete kancil 660 itu.

TAMAT..haha

p/s: dah lama aku cari citer nie,last skali masa jadi studen beberapa tahun lalu di notis board rumah sewa aku. Dah jumpe terus aku posting kat sini..Have fun bro and bra:)

My Blog List