Thursday, February 17, 2011

Khasiat peria

Seperti yg kita sedia maklum, peria sejenis sayuran yg agak pahit rasanya.
Kebanyakan org tidak menggemarinya. Namun sesuatu yg pahit pasti
mempunyai khasiat. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein,
lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium.
Dipercayai sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat
penyakit kencing manis. Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria
setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan.
Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria
ke dlm segelas susu & minum setiap pagi selama sebulan. Akar yg
dihancurkan boleh disapu pd tempat buasir.

Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yg menyebabkan bisul,
kudis buta & rasa gatal. Yg perlu dilakukan, campur segelas perahan
peria & secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit
setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dgn meminum air daun peria.
Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol
berlebihan.

Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindak sebagai julap & mampu meningkatkan selera makan. Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dlm air garak sebelum
dimasak.

No comments:

My Blog List