Kualiti PROTON! Siapakah yang harus DIPERSALAHKAN???
Luahan rasa dari Prodas
"Salam hari raya Aidiladha. di kesempatan ini saya memohon maaf sekiranya sebelum ini ada buat salah. post kali ini saya mahu bertanyakan persoalan : SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN??? Kualiti proton siapahkah yang harus dipersalahkan..
di dalam blog ini saya menerima pelbagai aduan tentang kualiti proton terutamanya proton Exora first model. Harap maklum bapa saya merupakan pengguna Proton Exora first model. Sejak beli sehingga sekarang tiada masalah yang major. hanya masalah kecil sahaja. saya simpati kepada pelangan proton yang kurang bernasib baik kerana keretanya menghadapi pelbagai masalah. menurut pemerhatian saya, model SAGA dan PERSONA langsung tidak kedengaran aduan masalah. tetapi model Exora ada sedikit2 suara kedengaran tentang masalah yang minor.
Hal seperti ini tidak harus berlaku. saya selaku peminat Proton, tidak mahu perkara seperti ini berlaku.dan agak kecewa kalau bend2a ini berlaku.
offtopik jap: Exora ayah saya sebelum ini ada masalah kipas enjin masih berpusing walaupun enjin dimatikan dan econ tidak rasa sejuk. jadi ayah saya belek punya belik enjin, dan lihat di kandungan air di radiator kering. jadi Ayah saya isi air dan lihat masalah kipas berpusing sudah tiada. jadi kesimpulannya sekiranya masalah tersebut berlaku.. bermaksud air dlm radiator kering. hal ini memuskilkan saya. walaupn hantar ke pusat sevis, air di dalam radiator kering. hal ini menunjukkan pekerja pusat servis tidak memeriksa semua bahagian ketika servis. hal ini sungguh mengecewakan saya . pergi ke puasat servis ,dan saya adukan masalah tersebut, meraka boleh hanya menjawab itu hanya satu sistem dan memang begitu. adakah benar??
HAl ini kita boleh lihat. masalah timbul apabila pusat servis Proton buat kerja sambil lewa sahaja. apabila masalah ini terus berlaku, kepercayaan pelangan kepada proton akan berkurangan. harap DSZ pantau pusat servis di seluruh Malaysia.
Asal masalah ini timbul juga bermula dari keluaran di kilang. Saya tidak salahkan bahagian sesuatu model Proton. Pihak yang mereka bentuk dan mencipta teknologi sesuatu model proton langsung tidak bersalah. pesalahnya bermula dari pihak pengeluaran dikilang yang cuai dan tidak memeriksa secara terperinci sebelum diedarkan kepada pelangan dan pekerja di pusat servis proton yang buat kerja sambil lewa dan mengambil mudah masalah pelangan. saya juga tidak menyalahkan Dato Syed Zainal Abidin. kerana saya percaya DSZ sunggu komitet dan berwibawa dalam memajukan proton. cuma DSZ harus pantau secara mendalam serta berkala dibahagian pengeluaran di kilang dan di pusat servis. hal ini kerana dengan masalah2 yang sedikit ini, boleh memberikan impak negitif yang besar kepada PROTON…
jadi pihak proton harap ada yang baca kiriman ini dan beritahu kepada pihak pengurusan.
SAYA sayang PROTON, dan saya tak mahu proton terus dikutuk. harap DSZ dapat menyelesaikan masalah ini. ini adalah luahan hati saya yang bersimpati kepada pemilik2 kereta proton selepas 2008 yang menghadapi masalah2 terhadap kereta beliau. kiriman ini bukan untuk mengaibkan Proton . kiriman ini untuk memberi semangat kepada proton serta membetulkan bukan pihak atasan Proton yang bersalah, yang bersalah org2 yg tidak bertanjungjawab dalam pemeriksaan terakhir sesuatu model sebelum dihantar kepada pelangan dan pihak pusat servis proton yang memandang remeh apabila pelangan mengadukan masalah. HARAP proton PANTAU hal ini…"
No comments:
Post a Comment