Thursday, February 17, 2011

Petua Mengelakkan Rambut Gugur


Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh
yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota
seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu
faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak
memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk
mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk
menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh
menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk
menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga
kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu
terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam.
Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan
rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih
cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan
sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2
bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya
yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami
keguguran dan ketidaksuburan rambut.

No comments:

My Blog List