Thursday, February 17, 2011
Petua Nenek Moyang
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3
kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi
berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari
berturut-turut.
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut
air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit
sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali
sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.
Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke
pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.
Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di
sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air
bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di
sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan
kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.
Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh.
Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan
keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).
Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk
dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau
pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang
bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga
kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan
berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya
dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama,
cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi
utk membersihkan kulit.
Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit
limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan
lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah
badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga
wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam
camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu
sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut
dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan
bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan
itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga
berkesan.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu
mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air.
Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan
sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil
lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu
madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala
lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga
kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan
dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah
seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air
suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.
InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada
muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat
3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.
Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya.
Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri.
Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan Perut (1)
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu
disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas
bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat
perut sahaja, amalkan setiap malam.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di
samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat
dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan
lobak merah yg telah dihancurkan .
Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat
cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan
kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam .
Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu
sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya
gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah
cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat
senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua
tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah
lama saya tak dapat senggugut.
Cengkih Penawar Sakit Gigi
Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih
pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi
didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit
beransur kurang.
Gambir Penawar Gatal
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini.
Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan
gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian
gatal. Selamat Mencuba.
Hilangkan Daki dan Bau Badan
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal
pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia
didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau
purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit
kita akan bersih dan bau badan pun hilang.
Hilangkan Parut
Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan
menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan
tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.
Ikan Tidak Hanyir
Asam Jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula
ambil asam jawa dan air, diramas didalam satu bekas. Kemudian masukkan
ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam,
kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian barulah
dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar
berkali-kali. Kosek hingga bersih dan putih serta hilang hanyirnya.
Selamat mencuba. Insya-Allah, hanyir akan hilang.
Keputihan Pada Mulut Bayi
Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada
tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan
sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam.
Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.
Khasiat Oat
Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan
berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan
dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit
(sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah
dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan
wang.
Membuang Lemak Badan
Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemak, cuba amalkan petua ini.
Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat.
Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur
bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan.
Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang
berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat
dicapai. Selamat mencuba.
Mengatasi Gatal Keladi
Supaya sayur keladi tidak terasa gatal, ketika memasaknya anda hanya
perlu memasukkan tiga atau empat keping hirisan pinang ke daalam
masakan. Dan untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan
tangan anda dengan minyak masak. Insya-Allah, gatal akan beransur
kurang.
Melangsingkan Tubuh
Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda
tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak
merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur
sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari.
Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
Sengal Tulang
Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini.
Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa
sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit
sengal tulang dengan berkesan. Selamat mencuba!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment