Friday, December 3, 2010

Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu, Kasturi mengganas di KLIMS !!!

Proton Tuah !!!

dan lagi Galeri Tuah di Paultan (sila klik) 
Proton Kasturi !!!

 dan lagi Galeri Kasturi di Paultan (sila klik) 
Proton Lekir !!!

 dan lagi Galeri Lekir di Paultan (sila klik) 
Proton Lekiu !!!

 dan lagi Galeri Lekiu di Paultan (sila klik) 
Proton Jebat !!!

dan lagi Galeri Jebat di Paultan (sila klik) 

Wednesday, December 1, 2010

Proton Saga Facelift R3 Concept teased at Thai Motor Expo

From Paultan :

At the launch of the facelifted Proton Saga at the 2010 Thailand Motor Expo yesterday, Proton also showed off an R3 kitted variant on the stands. We have no information on this sporty Saga and presume that it’s a styling concept, although there’s nothing too outlandish here to rule out a production version. Show enough interest and perhaps Proton might listen! Continue reading..."

more picture galleries, click this. 

Proton Saga facelift unveiled at Thai Motor Expo 2010


From Paultan :

"We’re here at the Thai Motor Expo 2010 for some pre-KLIMS motorshow action, where Proton has unveiled the 2011 Proton Saga facelift! Here’s an initial list of changes from what we’re able to tell so far:

The entire front end has pretty much changed from the head lamps, grille, bumper, and even the engine hood sheet metal design. The new engine hood now creases in a way that makes the left and right sides of the hood higher. There’s also a very faint spine in the middle of the hood, where in the pre-facelift Saga it was flat. Continue reading..."

More picture galleries, click this.

Tuesday, November 30, 2010

Study On Proposed Perodua-Proton Consolidation Completed, Says Mustapa


KUALA LUMPUR, Nov 29 (Bernama)-- A study on the proposed consolidation of the national car companies, Proton Holdings Bhd and Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, has been completed.

Minister of International Trade and Industry Minister, Datuk Seri Mustapa Mohamed, said the report would be submitted to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for consideration.






"This (Proton-Perodua) proposal was mooted by the prime minister.

"We are now waiting to set a date to present the report to him," he told reporters at the Ministry of International Trade and Industry's (MITI) monthly gathering and innovation and quality ceremony here Monday.

Meanwhile, he said, exports of Malaysian-made products would increase to RM447.09 billion in 2011 from RM424.1 billion in 2010.

He said the ministry expected services export was expected to increase to RM106.15 billion in 2011 from RM101.1 billion this year.

Earlier, Mustapa thanked MITI secretary-general, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, for his services.

Abdul Rahman, who would retire on Dec 5, 2010, started his career in MITI in 1975.

An economics graduate from University of Malaya, Abdul Rahman has more than 30 years' of experience in international trade and industry.

He has served in various positions, including deputy trade commissioner in New York, director of trade in Taipei, trade commissioner and deputy permanent representative to the United Nations Economic and Social Commission in Bangkok.

He has also served as director of Export Promotion Bureau in Malaysia External Trade Development Corp director of industries, senior director of policy and industry services division and deputy secretary-general (industry), MITI.

Abdul Rahman has represented Malaysia in a number of international meetings, negotiations, conferences and symposiums.

He was also a panel member of the search committee of the Prime Minister's Innovation Award 2010.

Sumber :  BERNAMA

Proton To Showcase History At KLIMS 2010


KUALA LUMPUR, Nov 29 (Bernama) - In celebrating 25 years of its automotive history, Proton Holdings Bhd will have one of the largest displays at the upcoming Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS 2010).

The event will held from Dec 3-12 at the Putra World Trade Centre.

Group managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir said Proton would be showcasing 20 vehicles, including concept cars, show cars, rally cars and electric vehicles at its booth.

"Proton has come a long way over the last 25 years and the display at the KLIMS is to share our accomplishments with all Malaysians," he added in a statement here Monday.

According to Syed Zainal, the display booth at the KLIMS 2010 will also highlight the Proton road map for the future, to give visitors an insight into some of the latest technological advancement and vehicles being developed.

"A key area we also intend to profile is technology acquisition. We hope visitors will be able to see, understand and appreciate that its application goes beyond the creation of new vehicle models," he explained.

Proton will also set up a lifestyle boutique at the booth where visitors can get the company's merchandises and a live styling studio that enables owners to customise their own Proton cars.

Source : BERNAMA

Facebook: Antara Pro dan Kontra

“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.

“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.

“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.

Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.

“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.

“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK

Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.

Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.

Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.

Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL

Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.

Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.

Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.

Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?

Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.

Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.

Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).

Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

ABU SAIF @ saifulislam

sumber : renher

SIRAH NABI MUSA : KAUM BANI ISRAEL MENERIMA BALASAN


SIRAH NABI MUSA : KAUM BANI ISRAEL MENERIMA BALASAN

Akhirnya kaum Nabi Musa sedar kesalahan mereka mengakui bahawa mereka telah disesatkan oleh syaitan. Mereka memohon keampunan dan rahmat daripada Allah SWT agar melindungi mereka daripada godaan syaitan dan iblis yang selam ini telah menyesatkan mereka.

Nabi Musa juga tidak ketinggalan beristighfar dan memohon keampunan bagi dirinya dan juga Nabi Harun saudaranya itu setelah ternyata bahawa ia sebenarnya tidak lalai daripada menjadi wakil Musa memimpin kaumnya. Nabi Musa berdoa: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku serta masukkanlah kami berdua ke dalam rahmat-Mu, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Setelah suasana itu kembali menjadi tenang, kepingan2 Taurat yang bertaburan dihimpunkan semula dan disusun kembali sebagaimana asalnya. Lalu Allah memerintahkan kepada Musa supaya membawa sekumpulan dr kaumnya utk menghadap dan meminta ampun di atas segala dosa2 mereka yg telah menyekutukan Allah dgn menyembah patung anak lembu itu.

Tujuh puluh orang telah dipilih oleh Nabi Musa di kalangan kaumnya itu untuk bersama2nya pergi ke Thur Sina. Di samping itu Allah SWT juga telah memerintahkan mereka agar b’puasa, menyucikan diri dan pakaian mereka. Maka apabila tiba masa yang ditetapkan, Nabi Musa dan sebilangan 70 org yg terpilih dr kaumnya itu berangkat ke Thur Sina.

Setibanya di Thur Sina dtnglah awan yg tebal dan gelap meliputi seluruh bukit. Ketika itu jg Nabi Musa dan pengikutnya masuk ke dalam awan gelap itu dan mereka segera b’sujud. Ketika itu kelompok pengikut Nabi Musa mendengar perckpan Nabi Musa dgn Tuhannya. Pada saat itu timbullah keinginan di hati mereka untuk melihat zat Allah dgn mata kepala mrk sendiri setelah mrk dapat mendengar percakapan yg b’langsung ketika itu dgn telinga mrk. Maka setelah selesai Nabi Musa berckp2 dgn Allah, berkatalah mrk kpdnya: “Kami tidak akan beriman kepadamu sblm kami melihat Allah dgn terang.”

Sebaik sahaja mrk habis melafazkan kata2 tersebut yg jelas menunjukkan keingkaran dan ketakburan, Allah terus mengirim halilintar yg menyambar dan merenggut nyawa mrk sekali gus.

Melihatkan kejadian ini Nabi Musa merasa sgt sedih sedangkan sekumpulan yg dibawanya itu adalah antara yg terbaik di kalangan kaumnya. Lantas ia berseru kpd Allah agar diampunkan dosa mereka itu. Doanya: “Wahai Tuhanku, aku telah pergi ke Thur Sina dgn 70 org yg terbaik di antara kaumku kemudian aku akan kembali seorang diri, pasti kaumku tdk akan mempercayaiku. Ampunilah dosa mrk wahai Tuhanku dan kembalikanlah kepada mereka nikmat hidup yg Engkau telah cabut sebagai pembalasan atas keinginan dan permintaan mereka yg derhaka itu.”

Allah memperkenankan doa Nabi Musa dan kaumnya dihidupkan semula. Mereka pun bangun seakan2 baru tersedar dari pengsan. Kemudian pada kesempatan itu Nabi Musa meminta mereka berjanji bahawa mereka akan berpegang teguh kpd kitab Taurat sbg pedoman hidup mrk serta melaksanakan perintah dan menjauhi segala larangan Allah.

sumber : renher

Pameran terbesar PROTON di PWTC

2010/11/30

BAGI meraikan ulang tahunnya yang ke-25 dalam industri automotif, PROTON Holdings Bhd akan mengadakan pameran terbesar pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).

KLIMS 2010 akan berlangsung pada 3-12 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC.

Pengarah urusan kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata PROTON akan mempamerkan 20 kenderaan, termasuk kereta konsep, kereta pertunjukan, kereta lumba dan kenderaan elektrik di ruang pamerannya.
“Sudah 25 tahun PROTON berkecimpung dalam industri ini dan pameran di KLIMS 2010 itu bertujuan berkongsi kejayaan syarikat dengan semua rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Syed Zainal, ruang pameran di KLIMS 2010 akan turut mengetengahkan hala tuju PROTON pada masa depan, sekali gus memberikan pelawat maklumat kecanggihan teknologi terbaru dan kenderaan yang sedang dibangunkan.

sumber : Berita Harian

2010 Mystery Continues : Proton Mule on test


Berdasarkan berita dan gambar-gambar terkini dari laman berkaitan, didapati Proton giat menjalankan beberapa siri ujian sebelum kereta yang sebenar dipaparkan. Mule ini menggunakan Platform Exora iaitu MPV dari Proton dan 'rumours' banyak menyebut model ini berkemungkinan adalah sedan baru Proton, bahkan juga ada yang mengatakan siri 'Caldina' dari Proton tetapi tidak berkemungkinan siri 4x4 seperti 'Hilux'. Memang menarik bila difikirkan. Walaubagaimanapun, ini hanyalah permulaan dan baru beberapa fasa ujian dijalankan. Beberapa spyshot juga telah dipaparkan beberapa bulan sebelum ini dan didapati ianya masih mule yang sama. Kini ramai pengikut automotif luar dan dalam negara menantikan apakah wajah sebenar model baru ini tidak kira dari segi 'exterior' dan 'interior' mahupun enjin yang bakal digunakan. Lebih seri sekiranya digandingkan dengan enjin Campro CPS atau Campro Turbo digunakan. Lebih berita dan komen klik paultan dan funtastickodesign.

di atas merupakan spyshot beberapa bulan lalu dari laman paultan

Proton announces displays for KLIMS – Saga EV, Exora Extended Range EV and EMAS hybrid head the list


Proton has announced its displays for KLIMS, which begins later this week – on show at its 1,500 sq metre booth will be 20 vehicles, including eight concept and show cars.
Highlights include the Saga EV (electric vehicle), which is driven by a brushless DC electric motor and powered by a 15 kWh lithium-ion polymer battery. The Saga EV can be quick-charged in just an hour or charged overnight between six and eight hours, with an estimated driving range of 100km. Continue to Paultan...

Friday, November 26, 2010

DRIVEN! Proton’s Range Extender Electric Exora Prototype


Here’s something unexpected. We’ve not only got up close and personal with Proton’s prototype Exora EV, we’ve driven it already! And this wasn’t at a Proton event, but at the iGREET (Information on Green Technology) seminar series on green technology organised by Cyberview Sdn Bhd, the landowner of Cyberjaya. Proton was invited to this sixth and last iGREET session to talk about its foray into the electric vehicle scene. Continue to Paultan...

Proton posts RM186 mil profit before tax in first half of 2010


Proton has reported that it has posted a RM186 million profit before tax for the first half of its 2010/11 financial year, up from the RM165 million it registered in the corresponding period last year.
The company said in a statement that it had registered a 13% increase in its vehicle sales up to Q2 of 2010, with the growing demand for Proton vehicles significantly contributed by three core models – the Saga, Persona and Exora. Continue to Paultan...

Wednesday, November 17, 2010

Perjalanan Sufi

Latarbelakang
Seorang Sufi biasanya dia tidak mengaku dirinya Sufi. Yang pasti , seseorang yang tidak dibimbing oleh seorang atau lebih Nabi a.s tidak selayaknya menganggap dirinya Sufi. Terkadang , mereka yang sampai ke maqam yang tiada maqam pun hanya mengaku dirinya salik (pemula jalan kesufian). Mereka yang dibimbing sampai ke maqam yang tiada maqam tentunya diajari oleh Allah s.w.t sendiri.
Perjalanan Hidup Ahli Sufi
Selalunya mereka akan melalui inisiasi (initiation) contohnya pada awal perjalanan mereka akan bermimpi musyafahah ( bersalam) dengan ummahatul mukminin Saidatina Aisyah ( dalam kes Sh. Abdul Qadir Jilani rah. beliau bermimpi menyusu ( sebagai seorang bayi) dengan Saidatina Aishah r.anha) . Dalam perjalanan peningkatan maqam , mereka akan dihadiahkan khirqah atau jubah oleh guru mursyid mereka – dalam kes Sh. Al-Busiri ( pengarang Selawat Burdah) beliau bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w langsung diberi hadiah sehelai burdah kepadanya. Mereka diajari oleh Allah s.w.t untuk mengamalkan zikir dan wirid berdasarkan pemerhatian (pembukaan) yang telah ditunjuki oleh Allah s.w.t , contohnya mereka akan melihat jasad mereka yang sedang sakaratul maut memberi salam “ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ilayaumilkiyamah” ( kaki kanan beri salam kepada kaki kiri , tangan kanan memberi salam kepada tangan kiri dan seterusnya) – maka , mereka pun menggunakan salam ini kepada orang-orang yang dikasihi mereka.
Allah s.w.t akan memberi nama rahsia kepada mereka sebab nama yang diberikan oleh ibubapa mereka tidak menepati kehendak Allah s.w.t atau mungkin Allah sengaja ingin merahsiakan nama mereka dikalangan manusia sendiri. Ini dibuktikan dengan pelbagai riwayat dimana nama para anbiya’ termasuk nama Rasulullah s.a.w sendiri diberi oleh Allah s.w.t melalui mimpi . Dikalangan sahabat nama Saidina Ali kar. juga diberi oleh Allah s.w.t kepada ibunya melalui mimpi. Dalam perjalanan hidupnya mereka akan mengalami mikraj – seperti Nabi s.a.w sebab perkara ini adalah sunnah . Ada beberapa mod mikraj : satu mikraj dalam mimpi , satu lagi ketika melaksanakan solat (selalunya akan berada di Sidratul Muntaha ) dan satu lagi ketika melakukan zikir atau dalam keadaan pengsan sebab rindu-dendam kepada Allah s.w.t ( selalunya ke bawah Arsy ). Isra’ pula selalunya dilaksanakan ketika solat juga iaitu menghantar roh memasuki Kaabah .
Seseorang ahli Sufi itu akan mencapai haqqul yakin sebab Allah s.w.t memberi peluang untuk dia melihat surga, neraka , Sidratul Muntaha ( dan melihat penempatannya di situ) titian syirat dan lain-lain. Sebahagian besar menyingkapan ini berlaku ketika ahli Sufi ini melakukan zikir atau puji-pujian kepada Allah atau ketika membaca Selawat , samada diiringi oleh para malaikat , dibawa oleh Nabi s.a.w atau para sahabat baginda dan para wali qutub. Dia akan dibimbing oleh gurunya untuk melaksanakan solat daim ( sentiasa membawa zikir ) dan duduk dalam keadaan sentiasa fana’ atau lebih tinggi lagi fana’ baqa’ billah. Dia tahu kedudukan menginati Allah s.w.t diwaktu pagi dan diwaktu petang sebab dia dapat meletakkan kepentingan itu untuk melihat wajah Allah (masimum dua kali dalam sehari ) disruga nanti. Dia dapat menyelami keadaan mengapa jika kita buat satu bulatan ( contohnya ketika bertahlil atau membaca Yasin) tidak dibenarkan seseorang duduk di dalam bulatan itu- apa yang ada di tengah bulatan itu dapat dilihatnya.
Keadaan ( atau hal ) seorang Sufi
Seseorang ahli Sufi dapat membuktikan apa yang orang awam selalu ditanya dan tidak dapat menjawab : apa buktinya Fatihah itu Ummul Kitab? Dengan membaca Fatihah kepada seseorang Nabi a.s atau malaikat , Nabi a.s atau malaikat itu terus hadir dihadapannya –itulah pembuktiannya. Hal atau keadaan seorang Sufi sentiasa menuju kea rah insanul kamil (atau nafsu kamaliyah). Jika dia berada lama dalam hal ini , diharus turun balik ke nafsu mutmainnah kerana menjadi tugasnya untuk bercampur dengan manusia dan menyebarkan misinya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t. Dia membawa nubuwwah dalam wilayah , kerana wilayah itu lebih am (general) dari nubuwwah. Dia rapat dengan al-Quran dan memahami hakikat al-Quran dalam dirinya – itu sebabnya akalnya bernama aqal Qur’ani ( ini terbukti mengikuti sunnah sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri dihuraikan oleh Saidatina Aisyah r.a sebagai Quran berjalan) . Antara hal-hal yang pelik berlaku ialah Quran turun dari langit terus masuk ke kepala dan dadanya ( dua peristiwa yang berbeza) selalu pada suatu malam Jumaat atau ketika waktu khutbah Jumaat . Dengan prasyarat (dalam bentuk tajalli ini) ini dia akan dapat memahami makna batin al-Quran (selain daripada makna zahir yang boleh dipelajari dari tulisan para Imam –imam mufassirin yang terkenal seperti Ibn Kathir , al-Qurtubi dll) , had dan mathla’nya. 4 dimensi al-Quran ini pula melambangkan pendedahan tentang rahsia alam nasut (makna zahir) , alam malakut (makna batin) , alam jabarut ( hadd) dan alam lahut ( mathla’). Dalam makam-makam dan waktu tertentu ahli Sufi ini akan diajari oleh salah seorang dari 25 nabi-nabi a.s . Itu sebabnya Ibn Arabi menulis kitab Fusus al-Hikamuntuk menerangkan dan menghuraikan hikmah-hikmah para anbiya’ tersebut untuk ahli Sufi akan datang kerana hikmah mengatasi ilmu pengetahuan manusiawi. Dia dapat dengan inayah Allah s.w.t mengosongkan jiwanya untuk menerima hikmah ini kerana ilmu kenabian dan wilayah adalah ilmu yang tidak berdasarkan akal melainkan diganti oleh Allah s.w.t dengan akal Qur’ani , bukan akal biasa yang berfikir mengikut hukum fizik ( sebab musabab).
Diantara bukti atau tanda kenaikan maqam seseorang ahli Sufi ialah penerimaan khirqah (jubah) atau mungkin burdah (serban atau kain penutup kepala) . Ini selalunya diterima atau disampaikan oleh gurunya daripada orang lain . Dengan memakainya dia akan dapat bertabarruk dan dapat mengalami hal (keadaan) orang yang pernah memakainya – contohnya dapat melihat cahaya Dzat Allah s.w.t seperti yang dialami Nabi Musa a.s . Penyingkapan lain antaranya ialah mengalami dan menyelami zaman perjanjian dengan Rabb iaitu zaman roh melakukan perjanjian dengan Allah s.w.t iaitu era “ alastu birobbikum , qolu bala syahidna” – almasyadu tauhidi .
Jika dia berbuat kesalahan , gurunya akan memerintahkannya melaksanakan solat taubat yang perlbagai : antaranya solat taubat anggota luar ( tangan , kaki, hidung , mulut , mata dan telinga) dan juga solat taubat anggota dalaman dan juga 7 lathaif. Allah s.w.t akan membuka sebahagian rahsia roh – selain daripada melihat rohani seseorang dalam pelbagai wajah dia juga akan dapat melihat roh pelbagai objek contohnya roh Kaabah dan roh Hajar Aswad. Oleh itu dia tidak hairan mendengar cerita bagaimana para waliyullah zaman dahulu (contohnya Sh. Ahmad Yasawi rah.) dapat menghadirkan Kaabah dan Hajar Aswad dihadapan anak muridnya. Kerana memahami dan mengenal roh Hajar Aswad misalnya , bukan saja dia akan kucup tetapi dia juga akan memeluk Hajar Aswad itu sebab roh Hajar Aswad itu “adalah Dia dan bukan Dia” sekaligus – itu sebabnya hadith menyebutkan bahawa mereka yang mencium Hajar Aswad sebenarnya bersalaman dengan Tangan Allah s.w.t.
Mereka akan melihat banyak pembuktian hadith dalam perjalanan hidup mereka , antaranya melihat malaikat mengajar mereka yang belum khatam al-Quran sewaktu hidupnya , dengan al-Quran di dalam kubur (alam barzakh). Ini selalunya berlaku kepada mereka yang menyesal dan kemudian bersungguh-sungguh untuk menperdalami al-Quran diwaktu tua. Oleh itu , penampakan ini sebenarnya adalah maksud “ Carilah (pelajarilah) ilmu hingga ke liang lahad”. Dia akan selalu terkenang kata-kata azimat gurunya “ orang yang bodoh masuk neraka, orang yang pandai masuk surga” – sebab orang yang bodoh itu malas mencari ilmu sedang orang yang pandai itu rajin dan berusaha bersungguh sungguh mencari ilmu.
Dalam banyak keadaan Nabi-nabi yang datang mengajarinya adalah dari kalangan ulul azmi – mereka jugalah yang menjaga Lathaif-lathaif dalam diri kita. Kadang- kadang tersingkap (ini selalunya berlaku atas keperluan atau permintaan dari seseorang) penampakan samada seseorang itu bercakap bohong atau benar atau dapat melihat penceramah agama yang bercakap dalam TV keadaan sebenar orang itu – sebab cahaya atau zulumat yang keluar dari mulutnya dapat dilihat. Mereka juga memahami bahawa makhluk-makhluk bathil juga adalah ciptaan Allah s.w.t dan selalau meletakkan perlindungan dalam doa “ Aku berlindung dariMu dengan Mu”. Dalam banyak keadaan manusia biasa akan selalu memandang serong terhadap banyak perbuatannya – tapi dia tidak memperdulikan pandangan manusia sebaliknya dia taat terus kepada perintah Tuhannya , sebab dia melihat “kebatinan” sesuatu perbuatan dan tidak menumpukan kepada zahirnya perbuatan itu. Mereka juga akan mengalami mikraj (sebagaimana yang dihurai oleh Imam Qusyairi bahawa Rasulullah s.a.w mengalami mikraj secara ruh 33 kali sebelum mikraj dengan jasad dan ruh) secara ruh selain daripada mikraj ketika solat ( ke Sidratul Muntaha atau bawah Arsy).Dia akan diajari oleh gurunya banyak ilmu yang tidak tertulis dalam kitab atau buku yang merupakan sebahagian daripada ilmu asrar (rahsia) yang hanya boleh diajar kepada orang yang layak – dalam kes ini seseorang sufi itu diberi penempatan khawas oleh gurunya untuk seterusnya mencapai maqam khawasul khawass. Keadaannya adalah seperti yang disebut dalam al-Quran “ Masing-masing kelompok tempat minumnya sendiri “ (Al Baqarah 2 ayat 260) , sedang gurunya seperti Rasulullah s.a.w akan mengatakan “ Aku hanya seorang manusia biasa seperti kamu” ( Al Kahfi 18 ayat 110). Kekusyukan dalam setiap ibadatnya (khasnya solat dan zikir) sangat penting baginya agar dia tidak melanggar perintah Allah agar tidak mengingat (menempatkan) yang lain seperti yang difirmankan dalam surah Al jinn 72 ayat 18. Dia selalu mengingati pesan Allah sw.t bahawa syaitan adalah musuhnya – dan syaitan itu diperanginya dengan bersungguh-sungguh (dengan jihad) . Pada musuh dari kalangan manusia dia akan berdoa “ Wahai Allah , banyakkanlah hartanya dan anak-anaknya” sebab pasti dengan dua ujian ini musuhnya akan binasa.
Zikirnya ahli Sufi sangat berbeza dengan zikir orang awam. “ Dan ingatlah Tuhanmu di saat kamu lupa” ( Al Kahfi 18 :24) – iaitu dia berzikir dengan memfana’kan diri (lupa diri) iaitu balik kepada kejadian awal diri manusia seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t “ Bukankah telah datang kepada manusia waktu dari kehidupannya , ketika ia bahkan belum boleh disebut” ( Surah 76 ayat 1). Banyak juga hikmah yang dia dapatkan dan salurkan kepada orang ramai (khasnya rakan-rakan dan orang yang berdekatan dengannya ) contohnya , dia anjurkan :
  1. Guna surah-surah pendek (Juz Amma) dalam al Quran sebagai mas kahwin walaupun sudah ada wang dan hadiah disertakan dalam sesuatu pernikahan.
  2. Menasihati orang lain untuk bersabar dan bersyukur – dia memahami hakikat ketunggalan (sebatang karanya ) manusia- sebenarnya kekasih Adam a.s adalah Allah s.w.t bukan Hawa a.s , sebab Hawa itu datang dari dirinya Adam (tulang rusuknya). Begitu juga , seseorang suami atau isteri berfikir isteri atau suaminya itu kekasihnya , tetapi cuba renungkan – ibubapa mertua juga adalah ibu dan bapa kita. Oleh itu dari satu segi isteri atau suami kita itu “adik beradik” kita – jadi , kesimpulannya Allah s.w.t jualah Kekasih kita sebab suami atau isteri hanya “adik beradik”.
  3. Pada pandangan mereka manusia semua sama (baik Islam atau kafir) dan tidak membeza-bezakan mereka ( sebab yang Islam hari ini mungkin murtad esok atau yang kafir hari ini mungkin jadi islam esok). Binatang-binatang seperti kucing , burung dan lain-lain suka mengusapkan badan kepada ahli Sufi untuk mengambil cahaya dan keberkatannya.
Tanda-tanda wilayah
Setiap perkara yang dijadikan oleh Allah s.w.t mempunyai tanda dan dalilnya. Ini kerana setiap perbuatan Allah s.w.t ada hikmahnya – Cuma tidak semua manusia dapat mencapainya. Ini kerana isti’dad (kesediaan) untuk menerima ilmu dan tajalli ini adalah menurut usaha masing-masing. Di sini diperturunkan beberapa tanda kewalian ( tahap terakhir jalan Sufi iaitu menjadi Kekasih Allah s.w.t). Antaranya:
  1. Mempunyai lebih dari satu nama rahsia
  2. Disahkan sebagai “gembala “ Allah s.w.t (tanda awal) – sebabnya , selepas ini mereka perlu mengembala manusia.
  3. Terbuka langit ketika ditalqinkan (tanda awal)
  4. Banyak kali berjumpa dengan Nabi Khidr a.s (selalunya dalam keadaan jaga) – riwayat tentang Nabi Khidr a.s sudah wafat ini tidak benar sebab mereka mengira Nabi Khidr a.s hidup di alam bumi ini sedang tempat hakikinya di tempat lain. Yang pasti mereka yang berkata demikian (walaupun bertaraf Imam )i.e berijtihad demikian kerana mereka sendiri tidak pernah berjumpa dengan Nabi Khidr a.s apalagi belajar dengannya.
  5. Sudah berjumpa dengan semua 25 nabi a.s termasuk 313 nabi , ahli Badar dan ahli Uhud. Kadang-kadang khususan dengan 14 syahid Badar.
  6. Dianugerahi oleh Allah s.w.t Selawat dan Istigfar sendiri
  7. Dibimbing secara ladunni oleh Nabi tertentu juga para malaikat yang 4 ( Jibrail, Mikhail, Isrofil, Izroil (a.s) dan seorang sahabat yang 4 ( Saidina Abu Bakar, Umar , Utsman dan Ali r.anhum)
  8. Kedudukan tertentu sebagai ahli Baits ( ini seperti sabda Rasulullah s.a.w terhadap Salman r.a ) – samada disahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri atau Saidatina Fatimah r.a .
  9. Pengesahan wilayah oleh gurunya dengan dihadiri para maliakat , wali qutb dan Rasulullah s.a.w sendiri beserta beberapa Nabi a.s lain (khasnya yang pernah mengajarnya secara ladunni).
  10. Menyintai orang Arab – ini kerana seorang Sufi ini bila berjumpa para Nabi a.s dan para malaikat a.s semua mereka berjubah dan beserban –iaitu berpakaian seperti seorang Arab. Itu sebabnya, salah satu panggilan Nabi s.a.w ialah “ Ya Arabiyyun”.
  11. Selalu duduk dalam sabar dan syukur ( tanda awal) . Contohnya tuduhan dan fitnah banyak berlaku . Nabi s.a.w sendiri dituduh orang gila. Nabi Sulaiman a.s dituduh seorang pengamal sihir. Oleh itu , dia yang duduk dalam sabar dan syukur ini tahu bagaimana dan untuk apa ayat “ Innahu min Sulaiman wainnahu Bismillah ArRahman ArRahim” digunakan.
Kesimpulannya
Sebarang tulisan dan huraian tentang Sufi dan amalan Sufi mestilah dilakukan oleh orang yang sudah mengalaminya. Menjadi satu kesalahan jika orang yang tidak bertarekat dan menjalani perjalanan Sufi menulis tentangnya sebab selok belok dan liku –liku perjalanannya agak rumit dan memerlukan banyak mujahadah serta tunjuk ajar daripada guru yang mursyid.
Seperti yang dihurai oleh seorang ahli Sufi mazhab Shafie , Ala adDawlah as Simnani ((1261-1336) dalam kitabnya Syaqaiq al Hada’iq) , jalan Sufi diumpamakan sebagai sebuah pohon :
Dosa dan taubat adalah akarnya, pembebasan diri ( dari kepentingan duniawi) dan pengasingan diri adalah kulitnya , pengakuan akan keEsaan Allah adalah buahnya , kesabaran , kesucian, ketelusan dan kesalihan adalah daunnya; doa (wirid) , malu, kasih saying dan kesetiaan adalah bunganya ; kemiskinan , peleburan diri (fana’) , keberhasilan dan keselamatan adalah ranting- rantingnya.
Sekian, huraian ringkas saya tentang perjalanan seorang Sufi , semoga memberi manafaat. Wallahu a’lam bissawab.Sila lihat satu contoh sajak –sajak Sufi “RadenMkamil” dalam www.melayu.com.
source: kesturi

My Blog List