Tuesday, November 30, 2010

2010 Mystery Continues : Proton Mule on test


Berdasarkan berita dan gambar-gambar terkini dari laman berkaitan, didapati Proton giat menjalankan beberapa siri ujian sebelum kereta yang sebenar dipaparkan. Mule ini menggunakan Platform Exora iaitu MPV dari Proton dan 'rumours' banyak menyebut model ini berkemungkinan adalah sedan baru Proton, bahkan juga ada yang mengatakan siri 'Caldina' dari Proton tetapi tidak berkemungkinan siri 4x4 seperti 'Hilux'. Memang menarik bila difikirkan. Walaubagaimanapun, ini hanyalah permulaan dan baru beberapa fasa ujian dijalankan. Beberapa spyshot juga telah dipaparkan beberapa bulan sebelum ini dan didapati ianya masih mule yang sama. Kini ramai pengikut automotif luar dan dalam negara menantikan apakah wajah sebenar model baru ini tidak kira dari segi 'exterior' dan 'interior' mahupun enjin yang bakal digunakan. Lebih seri sekiranya digandingkan dengan enjin Campro CPS atau Campro Turbo digunakan. Lebih berita dan komen klik paultan dan funtastickodesign.

di atas merupakan spyshot beberapa bulan lalu dari laman paultan

No comments:

My Blog List